Apa itu Kolagen?
Sebelum itu, cuba perhatikan wajah
anda di cermin.
Adakah pigmentasi mula muncul pada
kulit muka anda?Adakah garis – garis halus mula menghiasi kulit muka anda?
Apakah itu?
Itulah tanda – tanda penuaan.
Kenapa ia terjadi?
Kolagen yang memegang sel – sel pada
kulit anda mula hilang kekenyalan, tidak memegang sel dengan sempurna
menyebabkan kulit menjadi kendur dan mula menghasilkan kedutan.
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan
dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di
dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur,
kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Kolagen disusun tiga rantai
polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix
(pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid
amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit,
salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, dan gigi, hati,
tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang, jantung serta sistem
limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari
jenis kolagen I, II, III dan 1V.
- Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
- Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan), mata
- Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim
- Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
- Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
- menghasilkan asid amino penting seperti :
- lysin,prolin dan glysin yang secara khusus
diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk
mengawal fungsi sel.
- hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan
pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
- alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan
struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan
kulit cantik serta menghalang penuaan.
- arginin -memudahkan tidur nyenyak,
menghasilkan pola tidur.
- mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna
secara enzimatik.
- melindungi tulang rawan pada sendi daripada
enzim dan kerosakan oksidatif .
- menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
- menampung air dalam tubuh.
- meningkatkan penyerapan kalsium.
- menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran
darah di bawah lapisan kulit
- meningkatkan isyarat induksi
- menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
- memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- memelihara kelembapan kulit
- menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot
dan tulang
- menguatkan otot dan tulang
- membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang
toksin)
- memelihara kelenturan sendi
- mengurangkan keradangan(inflammation)
- memberi tenaga
- membantu pola tidur
- memulihkan penyakit saraf dengan membina
semula lapisan protin pada saraf
TANDA TANDA PENUAAN
- kulit kusam
- tak bermaya
- tiada seri
- kulit kedut dan mula kendur
- pigmentasi kulit
- cepat letih dan lesu
- sakit badan dan sendi
- mudah lupa
- kurang penglihatan
KEISTIMEWAAN KOLAGEN SHAKLEE.
- Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
- Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah,
selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
- Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai
fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit
dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
- Berat molekul rendah daripada 1000 adalah
lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan
kolagen kompleks dari kambing, lembu atau babi seberat 400 000.
- Menyediakan predigested collagen telah
dicernakan dahulu dan cepat diserap.
- Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk
struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama
terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini
.
- Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline
(HyPro).
- Menyediakan asid amino yang penting yang
sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8
daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
- Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan
untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan
peptida.
- Menyediakan prolin yang secara khusus
diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan
fungsi sel.
- Mengandungi arginin yang membantu tidur dan
meningkatkan prestasi bersukan
- Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh
untuk meningkatkan pembentukan otot. Lebih banyak otot tanpa lemak
meningkatkan kadar metabolisme. Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
- Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot
tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai
peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat
menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
- Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik
semulajadi yang menyokong baik pulih tisu penyokong terutamanya pada
sendi.
- Menyediakan penampungan air badan dan
mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan
kekenyalan serta ketegangan kulit.
- Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli
sukan. Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas
latihan.
- Mempercepatkan proses pemulihan kecederaaan
- Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan
mental, konsentrasi.
- Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
- Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan
penurunan berat badan.
- Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
- Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan
penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam
menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan
kerosakan tulang rawan
- Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis
sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan
meningkatkan tahap tenaga.
- Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan
kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki
penuaan kulit sebanyak 80%.
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5%
pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai
lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan
kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin
berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan
untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis,
arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
Produk ini dihasilkan dalam bentuk
minuman supaya ia memberi keberkesanan pada tahap maksima dalam masa yang
singkat kerana ia memudahkan lagi penyerapan.

Setiap bahan yang digunakan mempunyai fungsi tertentu demi memastikan ia memberi kesan yang optimum kepada anda.
Ingin mendapatkan produk ini? Sila komen NAK SCP Shaklee di bawah ini.
Penghantaran terus ke tangan anda oleh saya sendiri ke kawasan Lembah Klang.
0 comments:
Catat Ulasan