Istilah
Perubatan Tradisional - Ia merupakan
kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi
gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.
Istilah
Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia
mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus
ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan
organ-organ tertentu dalam badan.
APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis
penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh
jangkitan kuman.
* Streptococcus
* Staphylococcus
Pada keadaan normal, kedua-dua
jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia
tidak menyebabkan apa-apa penyakit.
Malah, dengan sistem
pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya
kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan
menyebabkan resdung.
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka
terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang
berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap
badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti
bersin, gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan
sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan
telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan
bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat
apabila berlakunya:
a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan
radang hidung ialah apabila berlakunya:
* Jangkitan kuman dan alergi
(alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku
dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu
sinus.
b. Ketumbuhan atau polip pada
hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan
malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair
daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya
takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.
c. Jangkitan pada gigi geraham
atas
Akar umbi gigi geraham atas
berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan
menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi
yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada
kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
Resdung bukanlah penyakit
genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan
genetik.
* Akut
* Kronik
AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula
dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius
pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak
dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan
dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap
keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan
terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di
dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku
pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang
tunduk dan sujud.
KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan
menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
Seseorang yang menghidap
resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka
yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada
juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus
bertambah
• Sakit pada bahagian muka
berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau
dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari
oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada
habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai
ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai
kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang
bengkok
* Turbinate dinding tepi
hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang
mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk
mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat
dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan
orang dewasa.
* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia
merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses)
mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.
Punca yang menyebabkan
kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata
sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.
Sehubungan itu nanah akan
dikeluarkan dari rongga mata.
Pada tahap kritikal doktor
akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan
dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.
* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal
tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak.
Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan
sempurna.
Bagaimanapun, keadaan ini
mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan
yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
Ini kerana nanah tidak boleh
menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam
otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan
neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40
peratus.
0 comments:
Catat Ulasan