Vitamin
B Kompleks terdiri daripada 8 jenis Vitamin B yang membantu tubuh untuk
memetabolismakan makanan yang kita makan. Vitamin B terdapat dalam
pelbagai jenis makanan termasuklah daging, bijirin, kekacang dan produk
tenusu. Jadi, kekurangan Vitamin B dalam tubuh adalah jarang berlaku.
Tapi sekiranya ianya terjadi, beberapa masalah berkaitan kesihatan akan
timbul. Antaranya ialah:
1. Kelesuan :
Tugas utama Vitamin B adalah bertindak sebagai koenzim untuk
menghasilkan tenaga daripada makanan yang dimakan. Kekurangan Vitamin B
boleh menyebabkan anemia, kelemahan dan ketidakupayaan otot.
2.
Kecelaruan sistem saraf : Vitamin B Kompleks bertanggungjawab
memastikan perkembangan dan fungsi sistem saraf yang sempurna. Masalah
kognitif yang berpunca daripada kekurangan Vitamin B termasuklah
kekeliruan, mudah tersentuh, tekanan dan susah untuk tidur.
Sekiranya Vitamin B1 atau Thiamine yang kekurangan, tubuh mungkin tak
mampu untuk mencernakan karborhidrat dan seterusnya menyebabkan beriberi
ataupun sindrom 'tak larat'.
Beriberi menyebabkan seseorang itu mengalami kecelaruan dan pergerakan mata yang tidak terkawal.
Kekurangan B3 yang sedikit boleh menyebabkan ketidakseimbangan mental
dan kalau dibiarkankan tanpa dirawat boleh menyebabkan dementia.
Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan pembantutan perkembangan saraf
pada jari tangan dan kaki dan seterusnya menyebabkan rasa kebas dan
mencucuk.
3. Masalah penghadaman : Memandangkan Vitamin B
membantu dalam pemecahan karbohidrat, protin dan lemak, kekurangannya
menyebabkan gangguan pada penghadaman.
Vitamin B5 dan Biotin adalah bertanggungjawab terhadap kedua-dua pemecahan makanan kepada tenaga dan sintesis lemak.
Kekurangannya boleh menyebabkan loya, muntah dan ketegangan abdominal.
Walaubagaimanapun kekurangan Vitamin B5 dan Biotin selalunya hanya
berlaku dalam kes malnutrisi yang teruk, kerana vitamin ini selalunya
terdapat dalam hampir kesemua kumpulan makanan.
Kita juga boleh mengalami cirit-birit sekiranya gagal mengambil Asid folik atau Niacin yang secukupnya.
4. Masalah kulit : Tanda kekurangan B Kompleks yang biasa ialah masalah
pada kulit. Kekurangan Vitamin B2 atau B6 boleh menyebabkan rekahan
pada sekeliling mulut ataupun dikenali sebagai cheilitis. Rekahan dan
luka boleh menjadi radang atau dijangkiti dan membawa kepada
ketidakselesaan dan kesakitan. Radang yang dikenali sebagai dermatitis
juga boleh berlaku disekeliling hidung dan mulut. Kekurangan Vitamin B12
boleh menyebabkan glossitis pada lidah.
5. Mental &
Emotion – Depression (kemurungan), Anxiety, Moodiness, Difficulty
concentration, Defensive, minda yang tertutup, mudah marah, merajuk ,
emosi.
6. Keletihan/tidak bermaya/wajah nampak kusam
7. Tidak dapat duduk diam (resah gelisah)
8. Panik (menggelabah/buntu/darah gemuruh)
9. Sedih tanpa punca (termenung)
10. Kekurangan selera makan
11. Sembelit
12. Water retention
13. Sensitivity to light
14. Dandruff
15. Pre-menstrual tension
Sebab-sebab kemusnahan B Complex
· Jenis larut air – perlu sentiasa diganti
· Boleh musnah oleh matahari/heat/haba – proses memasak
· Memakan banyak gula boleh menghabiskan B Complex. Eg – satu botol
Coca cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca cola ke bentuk
tenaga
· Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex
· Strss – tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex
· Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex
· Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan