Makan suplemen tidak berkesan

Pernahkah anda hadapi masalah seperti ini?
Makan suplemen a tiada kesan, suplemen b pun sama tak jalan...
Ada banyak punca atau faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini.

1. Sebab terdapat halangan pada usus yang menyebabkan khasiat dari suplemen yang anda makan tidak dapat diserap oleh badan. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan detoks saluran pencernaan anda. Terdapat banyak toksin, lendir-lendir yang menyebabkan penyerapan terganggu.

2. Sebab terdapat gangguan penyerapan oleh makanan atau suplemen lain. Contohnya, Suplemen seperti multivitamin tidak boleh diambil bersama-sama produk tenusu, atau suplemen yang mengandungi Zinc tidak boleh diambil bersama-sama makanan dan perlu diambil semasa perut kosong. Ini adalah untuk mengelakkan gangguan penyerapan.

3. Sebab kekurangan pelarut iaitu air untuk melarutkan dan seterusnya membantu penyerapan ke seluruh badan. Oleh yang demikian, pengamal suplemen disaran untuk minum air masak atau air putih sekurang-kurangnya 3L sehari. Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

4. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

5. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

6. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


Semoga tips ini berguna untuk anda.
Afayrra Nutrilicious.
Pengedar Shaklee di seluruh Malaysia.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan