Kolagen: SELAMAT KE TIDAK?



Tragedi yang berlaku pada ahli keluarga saya sendiri.

Tapi sebelum tu, saya ingin jelaskan kenapa saya kongsikan kejadian ini dengan para pembaca semua.

Tujuan saya adalah 1 sahaja.
Iaitu MENYEDARKAN.

Di pasaran terdapat ratusan dan mungkin ribuan produk kecantikan sama ada dalam bentuk suplemen mahupun skincare yang muncul seperti tumbuhnya cendawan. 

Tapi tahukah anda produk2 tersebut BERKEMUNGKINAN BESAR bukan sahaja tiada KELULUSAN KKM, malah PENDAFTARAN KKM pun TIADA.

Jangan mudah terpedaya dengan testimoni, kecantikan duta produk yang dah sememangnya cantik, putih melepak (kalau memang cantik semulajadi bukan sebab mekap la😂😂😂).

Adalah menjadi tanggungjawab pengilang, pemilik produk, penjual untuk memastikan produk yang mereka jual adalah selamat dan berkesan.

Testimoni itu BUKANLAH JAMINAN KEBERKESANAN YA!

Tapi, 

Mujur sangat.
Mujur sangat2.

Saya dapat tahu bonda saya ada amalkan sejenis produk kolagen.

Saya takkan beritahu nama produk sebab saya tidak ada kuasa di bawah mana2 undang2 untuk memberitahu kepada umum. 

Malah tujuan saya kongsikan dengan umum pun untuk buka mata buka minda masyarakat kita supaya berhati2.

Dia cerita kat saya bila dia dah makan masuk kotak ke2 dan masa tu dia dah stop makan sebab alergik katanya!

Doktor dah sahkan.

Selepas dpt beberapa info saya search produk apa yg mana 1.

Dan dalam masa sama sy cek status produk tersebut.

Bukan sahaja kelulusan KKM, pendaftaran KKM pun TIADA!


Ini buktinya.

Dan penjual hanya promote produk berdasarkan harga yang murah, testimoni pengguna dan yang paling VOGUE, sebab duta dia retis! Retis yg memang dah putih melepak! 

Di mana tanggungjawab pengilang, pemilik produk, penjual produk???

Come on la. Jangan tahu nak untung je.

Dengan bonda saya sekali kena ceramah bab produk bab kesihatan.😂😂😂
Padahal beliau sendiri pun org kesihatan.

Adeh.. |anaknya tepuk dahi|
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan