Sendi

Sendi.

Sendi adalah bahagian yang menghubungkan bahagian-bahagian tulang yang terdapat pada tubuh kita. Sendi terdapat dua jenis iaitu sendi lesung dan sendi engsel. Sendi lesung boleh bergerak 360 darjah manakala sendi engsel hanya boleh bergerak pada satu arah sahaja atau 180 darjah. Contoh sendi lesung adalah sendi pada bahu, dan pergelangan tangan manakala sendi engsel adalah sendi pada lutut dan siku.
 
 
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Selalunya kita akan jumpa warga veteran yang mula sakit pada bahagian sendi-sendi terutamanya lutut. Lebih-lebih lagi yang mempunyai berat badan berlebohan.
 
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Bukan sendi keseluruhannya yang menimbulkan masalah. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan
 


Gambar ini menunjukkan sendi yang sihat, dan sendi yang tidak sihat. Tulang dipegang oleh tulang rawan atau kartilago. Tulang rawan memegang beberapa tulang bersama-sama, misalnya, tulang rusuk tulang rawan. Ia berfungsi untuk tahan geseran, getaran mahupun hentakan. Apabila tulang rawan (cartilage-seperti pada gambar) mula haus (habis), ia akan menyebabkan kesakitan. Ini kerana ia bekerja seperti sebuah bantal di sendi. Mencegah gesekan tulang terhadap satu sama lain adalah salah satu fungsi tulang rawan utama. Misalnya, tulang rawan di lutut dan siku bekerja seperti bantal dalam tulang dan membantu menghindari sakt sendi.
 
Bagaimana untuk atasi masalah ini? Terdapat pelbagai produk suplemen di pasaran khas untuk kesihatan sendi. Semuanya produk yang bagus dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Amalan pengambilan suplemen adalah digalakkan kerana ia merupakan salah satu kaedah pencegahan.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Jemput like dan share, semoga bermanfaat.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan