Cerita Aidiladha

Salaam Aidiladha.

Alhamdulillah kali ini masih berkesempatan meraikan Hari Raya Aidiladha. Cuma pada kali ini kami sekeluarga tidak menjalani ibadah korban kerana pada Syawal yang lalu kami telah buat kenduri akikah, 2 ekor kambing untuk anakanda putera kami, Amirul Faeq. 

Pada Aidiladha kali ini juga kami sempat beraya di kampung. Mujurlah kedua-dua kampung kami dekat. Senang ulang alik antara kedua rumah. Aidiladha kami pada kali ini agak berbeza kerana kami sambut berempat. Tahun lepas hanya kami 3 beranak. Namun, aktiviti Aidiladha tidak berubah, tetap sama meriah seperti biasa. 

Pada tahun ini, seekor lembu tumbang di hadapan rumah mertua saya. 6 orang buat ibadah korban, dan seorang buat akikah. Apa yang dilakukan sepanjang Aidiladha kami? Selepas lembu disembelih, kaum lelaki yang ada akan gotong royong untuk membahagikan daging, tulang, dan bahagian-bahagian lembu yang lain. Manakala kaum wanita aktif di dapur untuk memasak juadah makan tengahari, lauk dari lembu yang baru disembelih tadi. Kemudian, kami akan makan beramai-ramai sambil beramah mesra dengan saudara-mara yang mungkin lama tidak bersua.

Tetapi, Aidiladha kami pada kali ini memang sangat-sangat berbeza. Kami berhadapan dengan dugaan anak lelaki kami yang ada sawan tangis. Dia memang mudah menangis apabila keluar ke mana-mana atau ada sesiapa yang pulang lewat malam pukul 4 pagi ke, 2 pagi ke. Sebelum raya kami dah jemput orang yang boleh rawat sawan tangis dari Darussyifa' dari Kota Bharu kebetulan saudara suami. Alhamdulillah sangat sebab selepas proses merawat tu, faeq tidur lena sampai keesokan paginya. Alhamdulillah memang beberapa hari lepas tu elok dan tiada lagi tangisan yang sukar berhenti dan menakutkan. Tetapi, pada malam Aidiladha ia berlaku balik sebab ada penghuni dalam rumah yang kami stay malam tu balik jam 2 pagi dan terus masuk rumah tanpa "rehat dan tinggalkan segala benda". Bermulalah tangisan faeq sampai nak masuk Subuh. Akibatnya kami tertidur kepenatan, terlewat solat Subuh dan buat pertama kalinya suami saya tidak sempat tunaikan Solat Sunat Aidiladha.

Dugaan sungguh buat kami sekeluarga. Namun apakah daya kena harungi juga sebab bayi atau kanak-kanak bawah 3 tahun, hijabnya belum tertutup.

Pada hari kami bertolak balik ke kotaraya Kuala Lumpur, kami sekali lagi nak merawat Faeq. Dan pada kali ini kami sendiri ke Darussyifa' kerana kami kejar masa. Dengan harapan bila kami balik kL nanti, semuanya kembali seperti sediakala. Tambahan pula saya akan mula bertugas balik selepas 4 bulan bercuti.

Semoga Faeq tidak diganggu lagi.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan