Obsesi Saya : Kurus!

KURUS adalah idaman setiap orang.

Siapa yang tidak mahu kurus? Boleh pakai baju dengan macam - macam jenis fesyen, tidak perlu malu dengan 'spare tyre' dan terpaksa betulkan baju bila duduk. Semuanya selalu menjadi perhatian orang - orang gemuk.

Sejak saya tahu saya hamil pada tahun lepas, saya mula rasa berat saya naik mendadak setiap bulan. Sejak dari itu, saya pasang niat untuk kurus selepas bersalin. Tambahan pula, saya jual produk suplemen untuk kurus. Bagaimana nak buktikan produk ini bagus jika saya sendiri tidak kurus. Oleh itu, saya bulatkan tekad dan mula merancang apa perlu dibuat untuk capai matlamat saya.

Selepas saya bersalin, saya mula amalkan suplemen Shaklee dan saya jaga pengambilan kalori serta kadar metabolisme. Memang saya bersunggug-sungguh kawal makan dari segi kuantiti tapi saya makan dengan kerap.

Sekarang, saya sudah hilang berat sebanyak 20kg. Namun, itu bukan berat yang saya sasarkan. Berat sasaran saya adalah 65 kg manakala suami saya mahu saya turun sehingga 60 kg. Oleh yang demikian, saya perlu berusaha lebih keras lagi.

Saya telah keluarkan semua baju lama yang agak kecil saiznya. Ada yang sudah muat untuk saya pakai dan juga ada yang belum muat. Saya juga ada beli sehelai dress yang agak sendat jika saya pakai sekarang. Jadi, saya jadikan ia inspirasi untuk saya dapatkan berat 60 kg! Apa saya makan, saya akan semak kalori. Bila sampai waktu tengahari dan petang saya mula nilai kadar metabolisme saya. Malah, kadang - kadang jika saya teringin nak makan sesuatu yang manis, saya terus terbayangkan kalori yang 'gemuk'.

Selalunya di dalam peti sejuk rumah saya ada pelbagai stok makanan dan minuman. Tetapi, saya telah kosongkannya kerana risau saya tidak dapat kawal nafsu makan dan makan segalanya. Malah, jika saya ada 'termakan' juga makanan berkalori tinggi, saya akan buat aktiviti untuk bakar kalori dajn tingkatkan kembali kadar metabolisme.

Apa-apa perkara yang boleh membuatkan saya gemuk ibarat mimpi ngeri pada saya sekarang. Saya tak nak dah gemuk kalau boleh. Saya nak kurus dan sihat seperti orang lain. Saya akan mudah bergerak, boleh pakai apa jua jenis fesyen baju malah tidak risau baju tiada saiz.

Saya rasa saya semakin obsess dengan gemukksss...
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 comments:

  1. salute la fatihah..sekarang berat berapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Sekarang berat statik. Tapi inchloss sgt terasa. Seluar makin longgar.. Pakaian dalam pun dah 'turun' saiz. Hikhik..

      Padam