Kisah anak2, My Kids

Sekali lagi ingin saya ceritakan pengalaman membesarkan anak-anak saya..

Kisah kakak.

Aira masa kecik-kecik dulu, masa baru balik kL lepas bersalin, dia menangis je tak berhenti. Macam Ahmad Albab dah gayanya hanya berhenti menangis bila tidur. Alhamdulillah jiran sebelah pandai berubat untuk masalah bayi menangis. Almaklumlah masa tu baru bersalin, anak pertama pulak tu. Pengalaman belum ada jadi memang sangat kelam kabut.

Masa dia nak masuk umur setahun, Aira pernah jatuh dari katil disebabkan kelalaian saya yang terlelap semasa menyusukan dia. Seingat saya pun, Aira tidur sama, entah masa bila dia terjaga dan dia bergerak ke tepi katil lalu bedebuk jatuh. Berkejar kami ke PPUKM risau kalau ada masalah dalaman. Alhamdulillah tiada yang kritikal walaupun 3am masih di sana.

Orang kata anak menyusu badan ni tembam sihat jarang sakit. Tapi ia tidak berlaku kepada Aira. Sakit demam sihat ke semua dari Allah, saya redha namun saya berikhtiar untuk bagi dia sihat. Tambahan pula dia bukan jenis pemakan. Pada permulaan pengenalan makanan pejal pada dia tiada masalah, semua makan. Lama-kelamaan ia berubah. Jadi saya berikan Meal Shakes Shaklee untuk tingkatkan selera makan, bagi kuat sistem imun dia dan berikan nutrisi yang secukupnya. Alhamdulillah ia berkesan.

Kebetulan, bila Aira dah nak masuk 2 tahun, saya hamil untuk kali kedua. Dulu saya berhajat untuk susukan Aira sampai dia tak nak. Jadi, saya sedia untuk susukan dia walaupun saya hamil. Tapi perut saya terasa sakit. Mungkin sebab rahim nak mengembang tapi disebabkan saya masih susukan aira, proses mengembang dan mengecut sering berlaku. Maka, terpaksalah saya berhenti menyusukan Aira. Bukan dia yang menangis nak susu tapi ibunya yang sedih tak tau kenapa.. Naluri seorang ibu, mungkin.

Malam saya bersalinkan adiknya, Aira demam dan mengigau panggil 'ibu'. Masa saya kena tahan wad lepas bersalin sebab ceaser, saya yang beria suruh suami saya bawa Aira datang jumpa saya. 

Seingat saya, itu kali terakhir Aira demam. Saya rasa itu ShakleeEffects, kita hanya ikhtiar demi kebaikan. Semuanya dari Allah SWT..

Kisah si adik.

Cabaran buat saya 4 bulan pertama ini adalah dia kuat menangis. Sudah macam-macam ikhtiar kami dan sudah 4 orang kami jumpa untuk atasi masalah ini. Namun, keadaan Faeq tetap sama.

Di sini saya ingin kongsikan apa ayat yang saya baca apabila Faeq menangis tidak berhenti di samping sentiasa membuat pemerhatian, mencari apa yang dia mahukan sebenarnya.


Boleh diamalkan sekiranya anak menangis. Memang berkesan tapi bila dibacakan pada Faeq, lepas beberapa ketika atau setiap kali dia hendak tidur, kerana waktu itu dia memang menangis dengan kuat dan sukar untuk berhenti menangis.

Semoga kalian berdua membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan di akhirat.

Ibu sayang kalian berdua 💕


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan