Resepi Ibu Berpantang

Jun 2014 yang lalu saya telah selamat melahirkan anak kedua saya iaitu anak lelaki dan telah dinamakan Amirul Faeq bin Azuan. Pada kali ini saya berpantang di rumah mertua saya dan saya tidak banyak kerenah untuk makan apa sahaja makanan yang disediakan untuk saya. Tapi, semasa suami saya masih belum bekerja, saya ada minta beliau masakkan bubur nasi kerana ia lengkap dengan rasa masin manis dan tidaklah rasa terlalu bosan untuk makan dalam tempoh pantang.

Jom, saya kongsikan bubur nasi resepi saya.

Bahan-bahan:

beras setengah pot (seorang makan)
halia
bawang putih
ayam
sawi
tepung jagung

Cara-cara:

Basuhkan beras dan ayam yang siap dipotong kecil sebersihnya terlebih dahulu dan ketepikan.

Kemudian ketuk bawang putih dan halia, (dimayang juga boleh) dan rebus bersama ayam sehingga mendidih.

Setelah rebusan tadi mendidih, masukkan beras. Masak beras sehingga masak dan nasi Nampak seakan kembung atau pecah.

Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau sebati mengikut tahap kepekatan yang anda suka.

Akhir sekali masukkan sawi (boleh guna sayur lain yang tidak sejuk) dan tutup api.

Sedia untuk dimakan. Saya tidak tambah gula atau garam kerana bagi saya rasanya sudah cukup sebati dan lengkap.


Resepi ini sangat sedap dimakan dengan ikan atau daging bakar juga.

Selamat mencuba.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan