Makanan Kegemaran

Saya suka memasak walaupun kurang pandai masak. Kalau boleh nak belajar masak macam Masterchef kat tv tu masak. Bukan setakat masak sedap, kreatif menghias sampai makanan tak sedap pun jadi terliur sangat nak makan.

Sejak kahwin saya lagi suka memasak, lebih-lebih lagi bila suami saya langsung tidak cerewet bab makan. Bagi dia makan nasi dengan telur dengan kicap pun boleh apatah lagi kalau ada ulam ngan budu je. 

Tapi, ada 1 menu yang mula menjadi kegemaran kami sekeluarga. Boleh dikatakan menu wajib kami setiap minggu. Menunya sangat ringkas tetapi boleh pelbagaikan isi kandungan, boleh letak macam-macam siap warna-warni.

Haaaa... Saspen tak menu apakah yang saya maksudkan ni? Menu kampung je ni tapi ia menu sihat. Itu yang paling penting. Boleh jadi lengkap piramid makanan dengan hanya 1 menu ini sahaja.

Kita tambah lagi suspennya. Menu ni sebenarnya berasaskan sayur je. Sayur yang saya selalu gunakan adalah sawi, cendawan sama ada cendawan butang atau cendawan kelabu tu, tomato, karot. Sayur-sayur inilah yang berikan warna menarik dan menyegarkan menu ini. Menu ini saya wajib letak soohun atau bihun kaca tu ngan pucuk. Anak dara saya suka sangat sebab dia ingat dia makan mee. Nak pedas boleh tambah cili tapi saya tambah kehangatan dalam menu ni dengan menggunakan lada hitam. Tumbuk dengan bawang putih dan tumis dengan minyak sayuran.

Nama menu makanan kegemaran saya dan keluarga saya ini adalah SAYUR AIR. 🍲 menu sihat, sesuai dimakan seisi keluarga, boleh dipelbagaikan sayuran ikut kegemaran dan dimakan dengan nasi panas bersama telur dadar dan sambal belacan. Kalau saya masak menu ni memang semua bertambah makannya. 🍲 

Apa lagi, bolehla cuba masak nanti. Dah dapat menu untuk masak makan malam kan? Selamat mencuba.🍲

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan