Petua Dulu_Atasi senggugut

Setiap kali datang bulan, ia memang meresahkan saya. Masa saya di bangku sekolah lagi, saya alami senggugut yang teruk. Setiap kali datang bulan, saya memang tidak lepas dari sengugut dan ianya membuatkan saya tidak mampu bergerak, hanya berbaring menekan perut yang sakit. Tetapi, sakit sebelum bersalin adalah lebih sakit dari sakit senggugut.

Jadi, jika saya berhadapan dengan orang yang sakit senggugut saya tidak akan menolak alasannya kerana saya tahu bagaimana tahap sakitnya walaupun tidak sesakit senggugut. Selalunya saya akan makan paracetamol sebagai ubat tahan sakit dan stok ubat tersebut memang saya sentiasa ada. Tapi bila difikirkan balik, sampai bila saya hendak bergantung kepada ubat sahaja. Tambahan pula, di dalam paracetamol ada terkandung dadah dan banyak keburukannya.

Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan petua lama yang telah saya dapatkan dan semoga ianya bermanfaat.

1. Aambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

2. Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

3. Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

4. Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab

5. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

6. Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Selamat mencuba.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan