Kepentingan Suplemen,



20 Sebab kenapa suplemen perlu diambil

1. Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.

2. Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.

3. Kopi, Teh Panas & Rempah Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.

4. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.

5. Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.

6. Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.

7. Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.

8. Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.

9. Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.

10. Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.

11. Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.

12. Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium.

13. Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.

14. Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.

15. Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.

16. Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin.

17. Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.

18. Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.

19. Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.

20. Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.


Saya bergantung kepada suplemen? Yes…

Rupanya masih ramai yang tidak faham apa itu suplemen. Apa beza suplemen dan ubat. Totally ia merupakan 2 makanan yang berbeza ok.

Saya bergantung kepada (Energizing Soy Protein) ESP untuk masalah gastrix saya kerana ESP merawat punca gastrix saya berbanding ubat yang hanya merawat kesan penyakit, hanya menutup kesakitan dan bukan memulihkan.

Saya juga bergantung kpd ESP kerana ESP ini tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut dan juga kerana nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat  dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Dah la saya ni sempat breakfast je…tu pun kdg2 kul8 di ofis xpun kul 10 kat luar.. tengahari lunch ke laut. Kdg2 kul3 baru lunch. Itu sebabnya ESP saya sangat perlukan sebagai alas perut daripada dibiarkan perut kosong lagi teruk.

Nak tau lagi kenapa saya "bergantung" kepada suplemen?

Sebab saya tau, makanan yang saya ambil setiap hari mungkin hanya tinggal 30% je lagi khasiatnya. Khasiatnya telah hilang sepanjang proses dari penuaian sehingga pemprosesan terakhir.

Paling senang tengok pada sayur cukuplah. Dahla kat kebun disembur pestisid, lepas tu bila sampai kat kita bila masak, vitamin dah musnah bila terkena suhu panas. Tu sbb orang tua2 pesan masak sayur jangan sampai layu. Takpun, larat ke nak makan 1kg bayam setiap hari atau 20 biji oren untuk dapatkan vitamin C?

Tapi saya bukan bergantung kepada suplemen semata2 untuk sihat, doa kepada Allah mohon kesihatan berpanjangan itu lebih penting. Ini cuma ikhtiar saya. Dah serasi, so saya continue lah...

Memang saya taksub dengan suplemen lebih2 lagi Shaklee sebab ia bagi pulangan wang kepada saya…hanya yang amalkan suplemen je tau betapa hebat kesannya.

Kalau anda rasa anda sihat tanpa suplemen, dulu saya pun merasainya. Tapi sekarang sejak saya amalkan suplemen, saya rasa lebih sihat berbanding tidak ambil suplemen. Orang xambil suplemen takkan tau.

Lebih baik bergantung kepada suplemen daripada bergantung kepada ubat.

Hahaha…fikir2kanlah…
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan