B Complex Shaklee

Vitamin B Kompleks terdiri daripada 8 jenis Vitamin B yang membantu tubuh untuk memetabolismakan makanan yang kita makan. Vitamin B terdapat dalam pelbagai jenis makanan termasuklah daging, bijirin, kekacang dan produk tenusu. Jadi, kekurangan Vitamin B dalam tubuh adalah jarang berlaku. Tapi sekiranya ianya terjadi, beberapa masalah berkaitan kesihatan akan timbul. Antaranya ialah:

1. Kelesuan : Tugas utama Vitamin B adalah bertindak sebagai koenzim untuk menghasilkan tenaga daripada makanan yang dimakan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan anemia, kelemahan dan ketidakupayaan otot.

2. Kecelaruan sistem saraf : Vitamin B Kompleks bertanggungjawab memastikan perkembangan dan fungsi sistem saraf yang sempurna. Masalah kognitif yang berpunca daripada kekurangan Vitamin B termasuklah kekeliruan, mudah tersentuh, tekanan dan susah untuk tidur.
Sekiranya Vitamin B1 atau Thiamine yang kekurangan, tubuh mungkin tak mampu untuk mencernakan karborhidrat dan seterusnya menyebabkan beriberi ataupun sindrom 'tak larat'.
Beriberi menyebabkan seseorang itu mengalami kecelaruan dan pergerakan mata yang tidak terkawal.
Kekurangan B3 yang sedikit boleh menyebabkan ketidakseimbangan mental dan kalau dibiarkankan tanpa dirawat boleh menyebabkan dementia.
Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan pembantutan perkembangan saraf pada jari tangan dan kaki dan seterusnya menyebabkan rasa kebas dan mencucuk.

3. Masalah penghadaman : Memandangkan Vitamin B membantu dalam pemecahan karbohidrat, protin dan lemak, kekurangannya menyebabkan gangguan pada penghadaman.
Vitamin B5 dan Biotin adalah bertanggungjawab terhadap kedua-dua pemecahan makanan kepada tenaga dan sintesis lemak.
Kekurangannya boleh menyebabkan loya, muntah dan ketegangan abdominal. Walaubagaimanapun kekurangan Vitamin B5 dan Biotin selalunya hanya berlaku dalam kes malnutrisi yang teruk, kerana vitamin ini selalunya terdapat dalam hampir kesemua kumpulan makanan.
Kita juga boleh mengalami cirit-birit sekiranya gagal mengambil Asid folik atau Niacin yang secukupnya.

4. Masalah kulit : Tanda kekurangan B Kompleks yang biasa ialah masalah pada kulit. Kekurangan Vitamin B2 atau B6 boleh menyebabkan rekahan pada sekeliling mulut ataupun dikenali sebagai cheilitis. Rekahan dan luka boleh menjadi radang atau dijangkiti dan membawa kepada ketidakselesaan dan kesakitan. Radang yang dikenali sebagai dermatitis juga boleh berlaku disekeliling hidung dan mulut. Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan glossitis pada lidah.

5. Mental & Emotion – Depression (kemurungan), Anxiety, Moodiness, Difficulty concentration, Defensive, minda yang tertutup, mudah marah, merajuk , emosi.

6. Keletihan/tidak bermaya/wajah nampak kusam

7. Tidak dapat duduk diam (resah gelisah)

8. Panik (menggelabah/buntu/darah gemuruh)

9. Sedih tanpa punca (termenung)

10. Kekurangan selera makan

11. Sembelit

12. Water retention

13. Sensitivity to light

14. Dandruff

15. Pre-menstrual tension

Sebab-sebab kemusnahan B Complex

· Jenis larut air – perlu sentiasa diganti

· Boleh musnah oleh matahari/heat/haba – proses memasak

· Memakan banyak gula boleh menghabiskan B Complex. Eg – satu botol Coca cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca cola ke bentuk tenaga

· Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex

· Strss – tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex

· Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex

· Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan