GMO (Genetically Modified Organism)



Apakah itu GMO?

GMO atau singkatan daripada Genetically Modified Organism atau dalam bahasa melayunya bermaksud organisma yang telah diubah struktur genetik dengan teknik kejuruteraan genetik. Ia adalah bertujuan untuk menghasilkan sesuatu contohnya makanan yang lebih baik kualitinya namun keasliannya tiada lagi.
Apakah organisma yang telah diGMOkan?
Antaranya adalah bakteria dan yis, tumbuhan, serangga, ikan dan mamalia juga yang telah diubah struktur genetiknya untuk menghasilkan mamalia yang lebih baik.

Seperti buah epal di bawah, lihatlah rupa fizikal epal GMO. Warnanya terang cantik dan lebih besar berbanding GMO FREE yang warnanya kurang menarik, lebih kecil dan rasanya mungkin tidak sedap.
Bagaimana ia dihasilkan?
Ia dihasilkan dengan mengekstrak dan mengasingkan DNA dari suatu organisma yang asal, kemudian ia diklonkan dan dalam masa yang sama merekabentuk struktur DNA yang dikehendaki. Pada masa inilah struktur DNA diubah. Kemudian, ia dikulturkan sebelum dibiakkan atau ditanam menjadi seperti organisma biasa yang lain. Nampak seperti ianya sangat mudah dilakukan. Namun proses ini mengambil masa dan menelan kos kerana sebelum ia digunapakai ia perlu menjalani beberapa kajian dan pemerhatian sebelum dipatenkan. Memang hasilnya memuaskan hati tetapi ianya pada kesan sementara sahaja kerana terdapat kesan buruk terhadap produk GMO lebih - lebih lagi yang dijadikan makanan. 
Sebab perlu elak dari GMO.
1.   Para saintis, doktor, termasuklah perunding kesihatan sedang memikirkan dan sangat risau tentang kesan yang tidak dapat dijangkakan berkenaan GMO terhadap kesihatan manusia. Ini kerana, tiada kajian dijalankan untuk memastikan tahap keselamatannya malah tiada siapa berani mengatakan yang GMO ini adalah selamat. (Dalam perjanjian pemilik - pemilik pengeluar benih MELARANG kajian terhadap GMO dijalankan).
      Apa yang lebih membimbangkan, terdapat beberapa GMO ini dikatakan boleh mengurangkan keberkesanan antibiotik. Ini akan menyebabkan wujudnya antibiotik resistan, atau superbug yang mana badan tidak lagi akan bertindakbalas dengan mana - mana antibiotik. Menakutkan bukan? Sedangkan, setiap kali sakit, doktor akan bagi antibiotik untuk membunuh kuman, tetapi apabila antibiotik resisten, minumlah selori antibiotik pun, kuman tidak akan mati. Silap - silap sakit lain yang datang dan buah pinggang rosak kerana beban untuk proses setelah banyak antibiotik diminum.
2.   Industri  bioteknologi menyatakan berjuta manusia memakan produk hasil dari GMO tanpa kesan menyakitkan. Ianya tidak tepat kerana tiada pengawasan dan pemantauan dijalankan terhadap mereka yang makan produk hasil dari GMO ini. Jika ianya memberi kesan kesihatan terhadap populasi di US, ianya mengambil masa bertahun - tahun  atau berabad lamanya untuk mengenalpasti puncanya. Oleh itu, fikirkanlah kesan pada generasi kita pada masa akan datang kerana kita masih belum pasti apa kesannya pada generasi kita yang akan datang.
 Kesimpulannya, kita masih belum mengetahui apakah kesan daripada produk GMO ini. Seeloknya cuba sedaya upaya untuk elakkan diri daripada memakan produk ini terutamanya produk tenusu, soya, jagung, canola dan buah - buahan.
Bagaimana cara mengenali produk GMO?
Kenalpasti kodnya berdasarkan label barkod (PLU-Price Look-up Code) yang ditampal pada makanan tersebut.
  1. PLU kod adalah nombor 4 digit yang membezakan jenis cara penghasilan produk tersebut. Sebagai contoh, #4011 adalah kod untuk pisang kuning yang ditanam secara biasa, mengandungi pestisid.
  2. Nombor 9 yang ditambah pada bahagian depan PLU, menunjukkan yang produk tersebut adalah organik.  Sebagai contoh, #94011 adalah kod bagi pisang kuning organik.
  3. Sekiranya nombor 8 berada di hadapan kod PLU, ia menunjukkan produk tersebut telah diubahsuai secara genetik (GMO). Sebagai contoh, #84011 memberi maksud pisang kuning tadi adalah produk GMO.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan