Kepentingan Suplemen atau Makanan Tambahan

Alhamdulillah syukur. Hari ini berkembang lagi empayar Shaklee di bawah saya...ini kerana wujudnya kesedaran mengenai kepentingan suplemen dalam kehidupan kita seharian. Anda nak tau kenapa?

1. Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegaham dan anti penuaan.

2. Buah - buahan dan sayur - sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian kurang berbanding buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3.Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan contohnya vitamin C mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4.Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat - ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan makanan. Amalan diet yang tinggo kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

5.Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan makan malam diaedikaan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititilberatkan.

Faktor2 di atas menyebabkan kita perlu mengambil makanan tambahan dalam diet harian kita demi menjaga kesihatan yang optimum.

Maka, hargailah kesihatan anda, pilih suplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan, bukan yang sintetik.

Love,
MNF...uu.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments: