Basic H Shaklee: Pencuci lantai buat cuci puting botol susu anak?

Pencuci lantai digunakan juga untuk mencuci puting botol susu anak?

Sebelum saya menghuraikan lebih lanjut mengenai isu panas ini, ingin saya kenalkan dulu kepada para pembaca sekalian apakah Basic H ini sebenarnya.





Basic H ini adalah satu daripada rangkaian Get Clean produk Shaklee yang berisipadu 16 oz sahaja. Ia merupakan produk sistem pencucian yang mana mampu mencuci dengan 1000 cara atau jenis cucian. Tidak percaya? Bukan saya yang kata. Pada botol Basic H sendiri sudah tertulis. Pada botol ada tertulis,



some suggestions:spilled milk, bug guts on the window, barbecue grill grunge. That's three down. Only 997 uses to go.



Sebelum dihuraikan dengan lebih lanjut, ingin saya buka minda pembaca semua. Tahukah anda, kebanyakan pencuci di luar sana mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan kita melalui kulit dan juga sistem pernafasan. Terpaksalah pula kita detox kembali. Tapi bagaimana pula kepada mereka yang tidak tahu tentang ini apatah lagi untuk detox dan buang toksin tersebut. Toksin yang ada mampu merengsakan hidung, merosakkan hati dan ginjal, merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Menakutkan bukan? Tanpa anda sedar, apa yang anda gunakan seharian adalah mungkin salah satu punca kepada masalah kesihatan anda.

Jadi, apakah keistimewaan Basic H ini?

Basic H ini adalah pencuci yang hanya dihasilkan daripada ekstrak jagung dan kelapa sahaja yang mempunyai nilai pH 6.5-7,5 sahaja. pH basic H. Pada nilai pH ini ia adalah selamat kerana pH neutral suatu sebatian adalah 7. Sebagai kesimpulan, ia adalah selamat. Ianya mesra alam kerana dihasilkan daripada jagung dan kelapa, biorosot, tanpa fosfat, bungkusan yang boleh dikitar semula, tanpa bahan pewarna, selamat untuk sistem septik dan sistem pembentungan.



Apakah kegunaan Basic H ini?
Terdapat 1000 kegunaan Basic H yang perlu anda ketahui yang selama ini anda tidak tahu.Salah satunya adalah menanggalkan kotoran berminyak. Basic H adalah pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran, gris, & kotoran dari mana-mana permukaan boleh dibasuh. Hanya cairkan mengikut arahan.





Jadi selepas membaca penulisan saya ini, apakah anda fikir ia sesuai untuk dijadikan pencuci puting botol susu anak anda? Anda yang bijak boleh menilainya sendiri. Produk ini tidak bertoksik, semulajadi, berkepekatan tinggi, biodegradable surfactant dan juga tiada fosfat, selamat untuk berada di rumah anda dan tidak salah rasanya jika saya mencadangkan setiap rumah wajib ada sebotol Basic H.

Apa yang saya sendiri lakukan dengan Basic H?
-mencuci dapur memasak
-mencuci dan mengemop lantai (lebih mudah dengan menyemburkan basic H yang telah dicairkan di tempat yang hendak dibersihkan, dibiarkan seketika sebelum disapu dan tak perlu dibilas)
-mencuci buah-buahan dan sayuran untuk singkirkan sisa racun serangga
-mengelap badan anak berumur 3 tahun yang demam
dan banyak lagi yang tidak saya tertulis di sini.

Saya yakin dengan produk ini, malah di rumah saya hanya menggunakan rangkaian produk Get Clean Shaklee. Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan yang bijak demi kesihatan kekuarga dan kebersihan rumah anda. Jadilah pengguna yang bijak demi keluarga tersayang.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan