Set Hamil Shaklee

Kehamilan adalah pengalaman terindah bagi pasangan suami isteri. Berita kehamilan disambut penuh keceriaan oleh seisi keluarga.

Kini tibalah masa untuk memberi sepenuh perhatian kepada ibu dan bayi yang dikandungkan.

Pengalaman saya hamil sebanyak dua kali memberi dua pengalaman yang berbeza. Semasa hamil anak pertama, saya masih bekerja di Klang dan menetap di Kuala Lumpur. Setiap hari saya memandu sejauh 92km ulang alik dari KL ke Klang. Namun saya tiada sebarang alahan, alhamdulillah. Semasa menjalankan tugas pun masih mampu memandu untuk ke lapangan. 

Pada kehamilan pertama ini saya masih belum mengenali Shaklee. Dengar pun tidak pernah. Ketika ini saya hanya makan suplemen yang klinik berikan. Itupun saya hanya makan asid folik dan on off. Bila ingat makan, bila lupa memang kelautlah...

Tapi memang letih. Sebab saya perlu memandu jauh dan untuk jalankan tugas pun ada yang kena drive sendiri. Bagi peluang pada lelaki2 macho guna kenderaan jabatan. 

Tapi tidak mengapa walaupun letih sebab bila balik rumah saya boleh rehat sepuasnya. Jadi, pada kehamilan ini saya tidak kalut cari suplemen lagi.

Ditakdirkan, murah rezeki saya untuk kehamilan kedua pada Oktober 2013. Alhamdulillah saya berpeluang amalkan set hamil Shaklee yang terdiri dari B Complex with folic acid, Vitalea (multivitamin&multimineral), Vit C dan Ostematrix (kalsium with Vit D), Peppermint Ginger Plus, Esp (soya non-gmo), Lecithin, Omega Guard.

Ia merupakan suatu pengalaman yang berbeza. Kehamilan pada kali ini saya alami alahan. Namun tidak muntah atau pening teruk kerana saya makan Peppermint Ginger Plus. Ia berfungsi untuk atasi pening, muntah, dan buang angin. Syukur, selesai satu masalah.


Perkara yang paling ketara yang saya alami perbezaan adalah pada perut dan kaki. Saya tidak alami gastrik, kesan regangan pada perut kurang dan saya langsung tidak kejang kaki pada tengah malam masa tidur. 


Esp membuat perut saya sentiasa rasa kenyang dan atasi gastrik. Ostematrix iaitu kalsium Shaklee memberi saya kalsium mencukupi dan sebab itulah saya langsung tidak alami kekejangan. Bonus lagi, saya langsung tidak sembelit sebab Ostematrix juga berfungsi untuk melembutkan najis. 


Kehamilan kali ini saya tidak makan asid folik kerana B Complex itu sendiri sudah mengandungi asid folik termasuklah pada Vitalea. Kedua2 ini juga berfungsi untuk tambah darah, memberi tenaga kerana B Complex menukarkan makanan menjadi tenaga. Vit C membantu penyerapan optimum Vitalea selain dari mencantikkan kulit dan pertahanan penyakit. 



Selain itu, untuk perkembangan otak janin, saya amalkan Lecithin dan Omega Guard tapi pada dos yang rendah. Lecithin mengandungi Kolin yang membantu menghubungkan sel2 otak, macam yang ditunjukkan dalam iklan susu Anmum tu. Manakala Omega Guard kaya Epa dan Dha yang mana sangat diperlukan oleh otak.



Nampak macam banyak bukan, suplemen yang saya ambil ni? Memang banyak tapi ada yang saya ambil bila perlu dan kebanyakannya hanya perlu diambil sekali sahaja untuk sehari. 

Alhamdulillah, saya telah selamat bersalin bayi lelaki dengan berat 3.8kg pada jam 5.35am, 17 Jun 2014 di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.



Sepanjang tempoh kehamilan bacaan hb saya pada paras yang sangat baik secara puratanya 13. 


Hanya pada akhir kehamilan saya disahkan ada kencing manis disebabkan faktor keturunan. Namun, bayi dilahirkan selamat termasuklah saya dan tiada sebarang komplikasi terjadi.
Kulit bayi gebu je, sebab banyak minum soya, mungkin. Hehe..

Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan mengamalkan set hamil Shaklee semasa sepanjang kehamilan. Saya pilih Shaklee kerana ia semulajadi, tiada sebarang aditif, dan yang penting disahkan halal oleh badan diiktiraf Jakim.

Jika anda sedang mencari suplemen, jenama Shaklee lah yang akan saya syorkan. Anda akan percaya kebaikan, kehebatan, kelebihan produk ini apabila mencubanya sendiri.

Jika berminat, boleh berhubung dengan saya terus. Untuk respon lebih pantas, boleh hubungi 0192867273. Nasihat, konsultasi percuma khas untuk pelanggan saya sahaja.
Selamat mencuba.

Terima kasih kerana sudi menyelami pengalaman indah saya hamil bersama produk Shaklee.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan