Siapa Saya?

Riuh rendah di stesen minyak,
Kecoh sebab minyak naik 20 sen,
Saya tidak suka cakap banyak,
Terima kasih singgah blog den.. 😊

Tengah-tengah buai anak tidur ni, idea datang membuak-buak untuk kenalkan diri ini.

Walaupun dah lama blog ini dibina, baru hari ini saya ingin kenalkan diri.

Nama saya, Nurul Fatihah binti Mat Nain. Seorang isteri kepada seorang suami dan seorang ibu kepada 3 cahaya mata alhamdulillah. Anak yang ketiga baru je lahir, jadi memang tiada dalam gambar ni.




Saya seorang ibu bekerjaya, namun sedang menuju untuk menjadi surirumah bekerjaya. Inshaa Allah saya akan jadi ahli perniagaan yang berjaya. Doakan saya ya.

Saya masih bekerja sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PHI) di sebuah pejabat kesihatan. Saya berkelulusan Diploma Kesihatan Persekitaran di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg Buloh. Saya juga pernah belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, mengambil jurusan Oleokimia, di bawah Fakulti Sains & Teknologi namun hanya separuh jalan. 

Sebagai PHI saya pernah bertugas di Unit Keselamatan & Kualiti Makanan yang mana tugas hakiki adalah mengambil sampel makanan untuk dianalisa kandungan makanan, menjalankan pemeriksaan premis-premis yang menyediakan sehinggalah premis yang menjual makanan. Itu sebabnya saya tahu hakikat sebenar "keadaan" makanan di luar sana. 

Itulah sebabnya saya menjadi pengamal suplemen tegar dan telah berdaftar keahlian Shaklee dan menjadi pengedar Shaklee bagi seluruh Malaysia. 

Saya mula mengenali Shaklee semasa menyusukan anak pertama saya. Saya sangat obses mengenai penyusuan dan saya menyusukan anak saya selama 2 tahun. Kebetulan, setelah anak pertama saya berumur 2 tahun, saya hamil anak kedua dan saya masih amalkan suplemen Shaklee dengan penuh semangat sehingga sekarang selepas melahirkan anak yang ketiga. Anak-anak saya semuanya baby Shaklee cuma semasa hamilkan anak pertama saya tidak amalkan Shaklee kerana masih belum mengenalinya. 

Saya pengedar Shaklee yang aktif di Kuala Lumpur & saya buat penghantaran (COD) ke seluruh kawasan Kuala Lumpur dan kawasan Selangor yang berdekatan secara PERCUMA.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee (sebenarnya anda sangat perlukannya) boleh hubungi saya terus di talian 019-2867273 sama ada melalui panggilan, sms, whatsapp.

Akhir kata dari saya, salaam perkenalan dari saya dan semoga kita semua dimurahkan rezeki yang penuh barokah, dikurniakan kesihatan yang baik. Duit boleh dicari tetapi kesihatan tidak boleh dibeli.

Terima kasih.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan