Keahlian Shaklee

Apakah Shaklee?

Shaklee adalah satu jenama suplemen semulajadi yang terkemuka di Amerika Syarikat. Ia diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee sejak 1956 dan sekarang ia dimiliki oleh Mr. Roger Barnett. Shaklee adalah suatu syarikat jualan langsung yang menawarkan pelbagai jenis produk dan produk yang paling popular adalah suplemen. 

Apakah Shaklee di Malaysia?

Di Malaysia, Shaklee juga bergerak secara jualan langsung dan jualan produk dilakukan oleh ahli yang telah mendaftar sebagai ahli. Terdapat beberapa cawangan di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak. Home Office Shaklee terletak di Bandar Sunway. Kesemua produk Shaklee boleh diperolehi sama ada di Home Office atau di setiap cawangan.

Bagaimana untuk menjadi ahli?

Kepada yang berminat untuk menjadi ahli, ada dua cara untuk mendaftarkan keahlian. 

Cara yang pertama adalah dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM65 untuk keahlian seumur hidup. RM10 perlu ditambah sekiranya pendaftaran dilakukan secara atas talian kerana ia adalah kos penghantaran memberkit Shaklee ke ahli yang baru mendaftar.

Cara yang kedua adalah dengan membuat pembelian produk sebanyak 200uv atau dalam lingkungan lebih kurang RM600 dan keahlian akan diberikan secara PERCUMA.

Dimana perlu daftar keahlian?

Pendaftaran boleh dilakukan sama ada secara atas talian atau di mana-mana kaunter Home Office/Cawangan Shaklee namun ianya hendaklah melalui mana-mana ahli Shaklee yang sah. Mereka bertanggungjawab untuk melakukan pendaftaran, dan seterusnya membimbing ahli baru untuk membuat pembelian serta apa-apa urusan berkaitan Shaklee

Apa kelebihan jadi ahli?

Shaklee menawarkan 3c kepada setiap ahlinya tidak kira apa jua pangkat di dalam Shaklee iaitu Cash, Car Bonus dan Convention.

Selain itu, setiap ahli layak untuk mendapat diskaun sehingga 25% untuk pembelian produk dan dapat nikmati promosi bulanan yang diberikan oleh Shaklee.

Perlu hadir kelas atau tidak?

Setiap ahli ditawarkan pelbagai bengkel yang pihak syarikat anjurkan untuk menambahkan pengetahuan tentang produk, plan pemasaran mahupun tentang kesihatan. Sesiapa sahaja layak menyertainya namun ia tidak diwajibkan. Kehadiran adalah sukarela dan bergantung kepada kelapangan.

Bolehkah jadi ahli untuk makan sendiri?

Kebanyakan ahli Shaklee menyertai keahlian adalah untuk kegunaan sendiri. Lama-kelamaan mereka tertarik untuk melakukan jualan dan seterusnya berjaya meraih pangkat tertinggi di dalam Shaklee dan bergelar jutawan.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami sebagai pengedar Shaklee sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun untuk melakukan jualan, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Saya pengedar Shaklee anda.
Nurul Fatihah Mat Nain.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan