Tempat Menarik di Kelantan

Mencari tempat menarik di Kelantan ke?
Cuti sekolah dah makin hampir. Tapi hujung-hujung tahun ni Kelantan banjir. Sesiapa yang nak rasai fenomena pesta tengkujuh di sana boleh ambil cuti panjang untuk berpesta air di sana😅.


Saya ni seorang yang suka makan. Jika anda ke Kelantan dan ingin mencari tempat makan untuk rasai menu tradisi rakyat Kelantan, saya boleh bantu anda.



Ini adalah Restoren Nasi Ulam Cikgu. Lokasinya di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan jika anda ke sana pada waktu makan tengahari waktu bekerja, berkemungkinan besar adalah sesak sama ada di kedai mahupun di jalanraya. Oleh itu, saya cadangkan anda ke cawangannya yang terletak di RTC Kota Bharu yang terletak di sebelah lebuhraya baru Pasir Mas - Kota Bharu.

Anda nak kenal dan rasa kuih-muih tradisional Kelantan yang boleh dibeli dengan harga 5biji seringgit atau mungkin yang lebih murah dari itu? Untuk ini, saya cadangkan anda ke Pasar Peringat yang terletak di Jalan Pasir Puteh.

Selain itu, di Pasir Mas terdapat sebuah tempat yang menjual dodol dan serunding. Di lebuhraya Pasir Mas - Rantau Panjang terdapat sebuah rumah hijau yang cantik bagaikan istana kerana terdapat ukiran pada senibina rumahnya. Di situ juga dodol dan serunding dijual. Jika anda ingin merasa dodol tersohor yang baru masak bolehlah singgah sambil nak ke Rantau Panjang membeli-belah di kawasan bebas cukai.


Jika anda masih belum penat dan tangan masih gatal nak membeli-belah, silalah berkunjung ke Wakaf Che Yeh.



Macam-macam anda boleh dapat di sini dari pakaian sehingga makanan basah, kering dan kedai makan. 

Itu sahaja yang mampu saya kongsikan setakat ini. Inshaa Allah kalau ada tempat baru dan menarik akan saya kongsikan lagi untuk tatapan anda semua. 

Selamat bercuti dan Selamat datang ke Kelantan.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan