HFMD dan cara kawalan

Hand Foot Mouth Disease atau HFMD merupakan sejenis penyakit disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Ini adalah kisah bagaimana saya berhadapan dengan kes HFMD. Ianya cara saya sendiri dan semuanya di atas tanggungan risiko saya sendiri.
 
Khamis yang lalu, saya telah dikejutkan dengan panggilan dari pengasuh anak saya menyatakan anak perempuan saya demam. Saya terus pulang dan mengambil anak saya untuk dibawa ke klinik untuk pemeriksaan.
 
Hasil pemeriksaan darah, bacaan sel darah putih agak tinggi dan ia menunjukkan memang ada jangkitan kuman cumanya masih belum pasti apakah punca dan masalah kerana masih terlalu awal. Pada badannya sudah mula keluar ruam tetapi saya tidak syak apa-apa dan menyangkakan akibat badan panas kulitnya kemerahan sebab anak saya berkulit cerah.
 
Jumaat keesokan harinya, anak saya dijaga oleh suami saya di rumah. Pada waktu rehat tengahari saya pulang ke rumah untuk melihat keadaannya. Demamnya masih ada dan anak saya telah menunjukkan pada saya tangannya ada ruam kemerahan seperti digigit nyamuk.
 
Saya mula rasa tidak sedap hati, risau jika ianya ruam tanda dan gejala bagi demam denggi. Tapi apabila saya perhatikan betul-betul, ianya bukan ruam disebabkan demam denggi, tetapi disebabkan masalah lain!
 
Fiuhhhh...
 
Masih lagi belum terjawab persoalan kenapa anak saya demam. Bila tidur malam dia menangis, tidur tidak lena dan merengek cakap sakit.
 
Sabtu keesokannya, persoalan mula terjawab.
 
Tangannya dipenuhi ruam yang berisi air. Dalam kepala saya hanya fikir ianya demam campak. Anak saya pernah kena demam campak semasa dia berumur 3-4 bulan dulu. Chicken Pox juga dia sudah pernah kena. Saya redha jika ianya betul. Tapi saya tidak berdiam diri dan saya mula bertindak.
 
Saya mandikan anak saya dengan Basic H2 tanpa menggunakan sabun mandi yang lain. Saya gosok lembut pada bahagian ruam yang ada dan kemudian saya bilas. Bilasan terakhir mandian saya bilaskan dengan larutan Basic H2 lagi yang telah dicairkan dan dibiarkan kering pada badannya.
 
Selepas mandi, saya ambil Multipurpose Cream Herbal Blend dan sapukan ke seluruh badan seperti memakai bedak. Hanya itu yang saya lakukan sehingga hari ini hari yang kelima. Perubahan dapat dilihat, blister yang ada semua sudah kering dan mengecut!
 
Tidak percaya? Ini buktinya.
 
 
Selain itu, saya tidak tinggal semua suplemen yang dia makan seperti Meal Shakes, Vitamin C dan Omega dan bagi kes ini saya setiap hari tambah nutriferon untuk imun booster.
 
Alhamdulillah, sangat gembira dengan perubahan ini dan setakat ini saya belum berikan apa-apa ubat atau sapu apa-apa krim yang saya dapat dari klinik semasa pemeriksaan kali pertama dan kedua.
 
Saya yakin dengan kuasa Allah, ini hanyalah ikhtiar saya kerana saya percaya dengan produk semulajadi.
 
Ada masalah seperti ini? Jangan segan silu hubungi saya untuk bertanya.
 
0192867273.
 
Terima kasih kerana sudi singgah.
 
Jemput share jika bermanfaat.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan