Vitamin C

Apakah fungsi VITAMIN C?


- Merangsang pembentukan kolagen (menghilangkan kedutan dan halang otot menjadi lembik)
- Mencegah gusi berdarah (skurvi) akibat kekurangan Vitamin C.
- Meningkatkan system imun, melawan alergi hidung, kulit dan asthma juga singkatkan waktu pemulihan dan kurangkan symptom flu dan selsema.
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi.
- Melawan kanser kerana Vitamin C adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia merbahaya dari tubuh dengan berkesan.
 Vitamin C juga mampu menghapuskan radikal bebas yang juga merupakan penyebab kanser yang menyerang sel-sel dalam tubuh.
- Mencantikkan kulit dengan menjadikan KULIT lebih CERAH, melambatkan PENUAAN, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen inilah yang menyebabkan kejadian jeragat pada kulit muka kita dan membina kulit yang sihat.
- Menghindarkan salur darah tersumbat atau arteriosclerosis yang boleh menyebabkan sakit dada, serangan jantung atau coronary artery disease
- Vitamin C juga penting dalam pertumbuhan tulang, gigi dan rawan. Oleh itu, untuk mengelakkan pertumbuhan terbantut, pengambilan Vitamin C hendaklah mencukupi.
- Membantu mengurangkan stress
Apakah kelebihan Vitamin C Plus Sustain Release Shaklee?
Sains pembebasan berterusan  Vitamin C secara semulajadi telah direka oleh Shaklee. 1 tablet Vitamin C mengandungi 7 biji setengah buah oren (termasuk kulitnya sekali) dan pembebasan berlaku sebanyak 1 biji setengah pada setiap jam.
Ujian klinikal telah membuktikan, bahawa dalam tempoh 5 jam 2 tablet Vitamin C Shaklee mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Oleh itu, ia mampu untuk melegakan inflamasi, menentang jangkitan kuman pembawa penyakit serta radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.
Namun, kandungan Vitamin C dalam badan kita boleh menyusut apabila:
1. Menghisap sebatang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C.
2. Keresahan akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C.
3. Pengambilan pil penahan sakit akan menghilangkan Vitamin C dengan banyak.
Tetapi, pengambilan Vit C melebihi dos yang dicadangkan boleh menyebabkan cirit-birit ringan.
Berapakah jumlah Vitamin C yang badan kita perlukan?
WHO mencadangkan pengambilan sebanyak 40mg sehari atau 300mg seminggu. Walaubagaimanapun, North American Dietary Reference Intake dan Health Canada 2007 mencadangkan pengambilan sebanyak 90mg sehari bagi lelaki dan 75mg sehari bagi wanita. Oleh kerana Vitamin C turut disalurkan kepada bayi melalui penyusuan, wanita hamil dan sedang menyusukan memerlukan lebih lagi Vitamin C.
Bagi perokok dan perokok pasif, sebanyak 35mg Vitamin C perlu ditambah kepada keperluan Vitamin C harian mereka.
Bayi:
0-6 bulan: 40mg sehari
7-12 bulan: 50mg sehari
Kanak-kanak:
1-3 tahun: 15mg sehari
4-8 tahun: 25mg sehari
9-13 tahun: 45mg sehari
Remaja:
Perempuan 14-18tahun: 65mg sehari
Lelaki 14-18 tahun: 75mg sehari.
Adakah Vitamin yang diperolehi daripada buah mencukupi?


Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60 mg Vitamin C. Buah-buahan menghasilkan vitamin yang lengkap dalam masa 10 hari buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C akan berkurangan separuh setelah dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Feel free to like, share and comment.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan