Kolesterol

Kolesterol adalah komponen lemak yang terdapat pada pembuluh darah manusia. Kolesterol sebenarnya berguna sebagai sumber tenaga, membentuk dinding sel-sel dalam tubuh, dan sebagai bahan asas pembentukan hormon -hormon steroid.
 
Kolesterol memang diperlukan tubuh, namun ianya menjadi satu keburukan apabila ia membentuk endapan pada dinding pembuluh darah. Sebagai kolesterol baik, HDL bertugas mengambil kolesterol jahat serta fosolipida dari darah dan menyerahkan pada lipoprotein lain, untuk diangkut kembali ke hati. Kemudian lemak akan diedarkan kembali atau dikeluarkan dari tubuh. Itulah sebabnya kadar HDL tinggi adalah baik dan diperlukan berbanding LDL yang merupakan kolesterol jahat.
 
Jumlah kolesterol (LDL) yang tinggi dan berlebihan dalam badan boleh menyebabkan kesihatan serius terhadap system kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagi lipoprotein.
 
Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri  iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan ini dipanggil plak yang seterusnya akan memberi kesan kepada system kardiovaskular.
 
Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah semakin sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian.
 
Apabila saluran darah berhampiran organ jantung semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.
 
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, sangatlah penting untuk kita menjaga paras kolesterol di dalam darah.
 
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artheroschlerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.
 
Berikut adalah kadar kolesterol dalam darah:
 
1. Kurang dari 200mg/dl = tingkat kolesterol yang sangat baik.
Apabila kadar LDL, HDL, dan trigliserida kurang dari 200 mg/dl, maka kita tidak berisiko untuk terkena penyakit jantung. Walaupun demikian, sebaiknya kita tetap makan yang tidak terlalu berlemak, rajin berolaharga dan menghindari rokok. Pastikan kita memeriksa kadar kolesterol kita setiap 5 tahun sekali atau menurut cadangan pakar perubatan.
 
2. 200-239 mg/dl = paras kolesterol yang cukup.
Jika total kolesterol adalah sekitar 200-239 mg/dl, maka biasanya doktor akan memeriksa kadar LDL, HDL, dan triglyceride.
 
3. Lebih dari 240 mg/dl = tingkat kolesterol yang berisiko tinggi. Orang yang mempunyai total kolesterol di atas 240 mg/dl berisiko 2 kali lebih besar terkena serangan jantung.
 
4. Kadar HDL. Makin tinggi kadar HDL, semakin kecil resiko terkena penyakit jantung. Kadar HDL yang normal untuk lelaki adalah antara 40-50 gr/dL, wanita antara 20-60 mg/dL.
 
5. Kadar LDL. Sebaliknya, semakin sedikit kadar DL dalam darah, maka semakin kecil resiko terkena penyakit jantung.
 
Pada umumnya, kadar LDL dalam kategori sebagai berikut :
 
a. < 100 mg/dL = sangat baik
b. 100-129 mg/dL = baik
c. 130-159 mg/dL = cukup
d. 160-189 mg/dL = tidak baik (risiko tinggi)
e. > 190 mg/dL = sangat tidak baik (risiko sangat tinggi).
 
6. Kadar Trigliserida.
Ini adalah sejenis lemak yang terdapat dalam darah dan berbagai organ tubuh. Meningkatnya kadar trigliserida dalam darah juga dapat meningkatkan kadar kolesterol. Sejumlah faktor dapat mempengaruhi kadar trigliserida dalam darah, misalnya kegemukan, pengambilan alkohol, gula dan makanan berlemak.
a. < 150 mg/dL = baik
b. 150-199 mg/dL = cukup
c. 200-499 mg/dL = tinggi
d. 500 mg/dL = sangat tinggi
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan