Kebaikan Lecithin

Bila dengar perkataan "lecithin" ramai yang ingat tentang kurus. Ada juga yang ingat tentang ramuan makanan seperti coklat. Lecithin ini digemari oleh mereka yang ingin kurus. Ini kerana lecithin berfungsi untuk menguraikan lemak.

Mari kita lihat apa lagi fakta yang menarik mengenai lecithin ini.

Sepintas lalu mengenai Lecithin:

1. Lecithin adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh sel yang terdapat di keseluruhan badan kita. Ianya boleh dijumpai di dalam banyak makanan seperti kacang soya dan kuning telur. Lecithin dijadikan sebagai ubat dan termasuklah dalam penyediaan ubat.

2. Lecithin digunakan untuk merawat masalah daya ingatan seperti Dementia dan Alzheimer. Selain itu, ia juga digunakan untuk merawat masalah pencernaan yang berkait pundi hempedu, masalah hati, depresi, kolesterol tinggi dan juga masalah kulit yang dipanggil eczema.

3. Terdapat beberapa orang yang meletakkan lecithin pada kulit sebagai pelembap.

4. Selalunya kita lihat lecithin ini digunakan sebagai pengawet makanan. Ini kerana ia berfungsi untuk menjadikan suatu makanan likat dan pejal dan tidak terlerai.

5. Lecithin juga digunakan dalam beberapa ubat untuk mata. Ia berfungsi untuk memastikan ubat itu sentiasa ada pada kornea mata.

6. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’. Dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane.



Apakah kebaikan Lecithin ?

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, trigliserida dan lemak - lemak yang lain. Sebab itu ia membantu mencegah penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung dan arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.

2. Kenapa orang yang nak kurus suka lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat ringkas nya adalah ianya memecahkan lemak). Tahukah anda Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian? Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
 3. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.




 Lecithin Shaklee

Info lain

Nama lain lecithin?
Egg Lecithin, Lécithine, Lécithine d’œuf, Lécithine de Graine de Soya, Lécithine de Soya, Lecitina, Ovolecithin, Ovolécithine, Phospholipide de Soja, Phospholipide de Soya, Phospholipides de Soya, Soy Lecithin, Soy Phospholipid, Soy Phospholipids, Soya Lecithin, Soybean Lecithin, Vegilecithin, Vitellin, Vitelline.


 

Sumber:

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Lecithin
2. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-966-LECITHIN.aspx?activeIngredientId=966&activeIngredientName=LECITHIN

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan