CoQHealth Shaklee





APA ITU KOENZIM Q10 DAN MENGAPA IA PENTING PADA KITA?
CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ - organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.
CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel - sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ - organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel - sel tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi meyokong kehidupan.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot - otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.
Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.
BERAPAKAH JUMLAH PENGAMBILAN DIETARI Coenzyme Q10 YANG KITA PERLUKAN?
Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari.
Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20 tahun.



 Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan setengah ubat - ubatan  tertentu seprti dadah bagi merendahkan tahap kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam tubuh. Justeru pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita.

PENYELESAIAN UNTUK ANDA_CoQHEALTH PLUS

CoQHEALTH PLUS mengandungi kesemua proprotein semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQHEALTH MAMPU:
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQHealth dalam darah.





CoQ10 merupakan kandungan utama coQhealth..


Untuk kesihatan jantung
  • Rawatan dan pencegahan penyakit kardiovaskular, termasuk arterosklerosis (arteri tersumbat).
  • Mengurangkan kekerapan 'angina episode' dan menguatkan otot jantung.
  • Tekanan darah pada pesakit dengan tekanan darah tinggi

Untuk kanser
  • Doktor telah menggunakan CoQ10 untuk merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi.

Penyakit gusi
  • CoQ10 juga telah digunakan dengan keputusan yang baik untuk merawat gejala distrofi otot dan penyakit gusi.

Kesihatan mental
  • Kajian makmal menunjukkan bahawa pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat daripada coQ10 tambahan.

Rawatan obesiti
  • Kajian menunjukkan bahawa supplemen CoQ10 boleh mengurangkan berat badan dan ia telah dicadangkan bahawa CoQ10 boleh memberi manfaat dalam rawatan pesakit dengan sindrom keletihan kronik.

Kesuburan
  • CoQ10 turut dikaitkan dengan peningkatan dalam jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki. 
* sumber I-sihat
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan