Kelebihan Lecithin


Semenjak 2 menjak ni ramai yang mula kenal dengan Lecithin ni.
Selalunya lecithin ni digunakan dalan industry makanan sebagai penstabil.
Tetapi, sekarang ini Lecithin dalam bentuk suplemen makin dikenali untuk kurus, untuk kuatkan memori mahupun kesihatan kardio atau jantung.

Dalam bidang perubatan, Lecithin memang digunakan untuk merawat beberapa masalah kesihatan seperti Alzheimer (orang kita panggil nyanyuk), rawat masalah hati, buah pinggang, rawat masalah kolesterol tinggi, dan juga masalah kulit iaitu eczema.

Ada juga yang sapu Lecithin pada kulit sebagai pelembap.
Iya, sememangnya ia berkesan.

Jom kita lihat apakah fungsi2 Lecithin ni sebenarnya.
Dan sudah tentu ada banyak fungsinya.

1. Pecahkan lemak > buang lemak > KURUS!



Lecithin ni sebatian yang bersifat lemak juga sebenarnya. Cuba kita tengok air. Bayangkan air putih atau air masak tu dalam 1 gelas. Bila kita titikkan pewarna sirap merah ke dalam gelas tu dan dikacau, kita akan lihat keseluruhan air dalam gelas tu bertukar warna merah. Air masak tadi telah melarutkan pewarna tadi.

Lain pula jika gelas tadi kita titikkan beberapa titik minyak masak. Ia langsung tidak bercampur malah minyak tersebut akan terapung di permukaan air. Ini kerana sifat air dan minyak tidak sama.

Jadi, apabila Lecithin ni bersifat seperti lemak, ia mampu menguraikan, memecahkan lemak2 (melarutkan) dan memegangnya dengan mengapungkannya dan mengelakkan lemak tersebut melekat pada dinding membrane. Jika tidak, lemak-lemak tersebut akan menebal dan akan meningkatkan BERAT badan anda.

Begitulah ia bertindak. Jadi, jika nak kurus, makanlah Lecithin ya.

Siap dengan kolesterol, trigliserida sekali semua dia sapu, larutkan. Jadi, salur darah anda juga akan makin sihat, kolesterol makin berkurang. Di sini, Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah.



2. Perkembangan minda, kuatkan memori.




Lecithin ditukarkan kepada asetilkolina, suatu sebatian yang mengangkut impuls saraf. Pernah tengok kan iklan susu formula kat tv tu cakap "bila sel-sel otak berhubung". Inilah yang bekerja sebenarnya. Suatu benda nak bergerak mesti ada kenderaan atau pengangkutan nak angkut. Itulah fungsinya. Jadi, kalau tak cukup asetilkolina ni, macamana sel-sel otak ni nak berhubung. Betul tak?

3. Melindungi organ hati.

Lemak boleh terenap di mana-mana bahagian dalam badan termasuklah organ hati. Lecithin mampu menghalangnya dari berlaku di samping membantu memulihkan kesihatan hati.

4. Masalah batu karang.

Salah satu punca berlakunya batu karang adalah disebabkan oleh tingginya kandungan kolesterol dalam darah. Memandangkan Lecithin ni mampu kurangkan kolesterol dalam darah, maka risiko untuk berlakunya masalah batu karang adalah berkurang. Best kan?

5. Atasi Alergi.

Lecithin juga "bersahabat baik" dengan system imun dalam badan kita. Lecithin membalut sel darah merah demi mengelakkan dari serangan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit seperti bakteria, atau virus.

6. Vitamin Larut Lemak A,D,E,K.

Kesemua vitamin ini adalah vitamin larut lemak. Maka, ia memerlukan lemak untuk melarutnya. Di sini, Lecithin memainkan peranan untuk memudahkan penyerapan ke dalam badan.

7. Pelincir sendi.

Lecithin juga bertindak sebagai pelincir pada sendi. Semakin meningkat umur, semakin berkurang kuantiti pelincir. Oleh yang demikian, pentingnya pengambilan Lecithin yang mencukupi untuk mempunyai sendi yang sihat bagi memudahkan pergerakan.

8. Kecantikan KULIT & RAMBUT.

Lecithin perlu untuk dapatkan kulit yang sihat dan lembap. Ia juga perlu untuk menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat.

Daripada sebahagian fungsi Lecithin ini, pastinya kita akan rasa badan kita sangat memerlukan Lecithin ni. Tambahan pula dengan keadaan persekitaran yang tidak sihat, makanan yang kurang berkhasiat (banyak makanan segera yang mungkin tinggal hanya 10% khasiat, hanya kenyang yang dapat bila makan tu..huhu..)

Ada fakta yang menyatakan jika nak kurus, kena ambil lebih kurang 4000mg Lecithin sehari. Ditambah lagi dengan senaman, amalkan makanan yang diet seimbang, pasti anda akan dapat berat badan yang diimpikan selama ni. Kalau yang ada masalah kolesterol, boleh ambil sehingga 7000mg sehari. Pastikan minum air secukupnya supaya ia dapat berfungsi sepenuhnya, memudahkan penyerapan.

 DUIT BOLEH DICARI, NAMUN KESIHATAN TIDAK BOLEH DIBELI.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan