Perlu ke ambil makanan tambahan atau vitamin atau suplemen?



‘Perlu ke makan vitamin? 
Kenapa? 

Satu kepentingan ke ambil supplement ataupun makanan tambahan ni? Nenek moyang kita dulu okay je hidup sihat sampai sekarang. Diorang tak kenal pun apa benda vitamin ni semua. OK je pun. Saya sendiri pun bukanlah sakit. Buat apa nak makan pill dan tablet ni semua?’

Tapi cuba kita fikir balik. Zaman dulu atok nenek kita hidup dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi sebagai bahan makanan dan perubatan. Mana ada amal makanan segera yang kaya dengan pewarna, perisa dan pengawet semua ni. Diorang rajin amalkan ulam, jamu dan rempah ratus dalam kehidupan harian.  Sebab tu diorang hidup sihat dan panjang umur.

Banyak faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan masyarakat sekarang. Kehidupan sekarang tak sama macam zaman dulu.


1. Kurangnya Kualiti Zat Makanan

Buah yang kita makan hari ni dah tak sama khasiatnya dengan buah yang sama 50 tahun dulu. Ini kerana buah-buahan dan sayuran membiran nutrien dalam tanah. Petani zaman dulu amalkan penanaman bergilir. Lepas menuai hasil tanaman, mereka akan tanam pula tanaman daripada jenis lain. Tapi zaman sekarang disebabkan permintaan yang tinggi, petani jarang dapat buat macam ni.

Sebaliknya mereka guna baja kimia dan sebagainya untuk perbaiki kualiti tanah. Oleh sebab itu, kualiti hasil tanaman sayuran dan buahan juga dah tak sebaik dulu.


2. Proses Pengurusan Hasil Tanaman Yang Mengurangkan Zat Sayur Dan Buah

Hasil tanaman yang dah dituai, akan melalui pelbagai proses sebelum akhirnya boleh dimakan. Bermula dengan proses memetik, mengumpul, mengangkut, penyimpanan, pembersihan, memasak dan sebagainya. Setiap proses boleh mengurangkan nutrien dan zat sayuran dan buah-buahan tersebut. Proses memasak misalnya boleh memusnahkan sebahagian vitamin akibat pemanasan pada suhu tinggi.


3. Pencemaran Bumi

Dunia kita sudah makin tercemar. Pencemaran telah menyebabkan pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran air sungai dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada pelbagai jenis agen pencemaran samada melalui pernafasan, sentuhan, pemakanan, pendedahan kepada cahaya matahari dan sebagainya. Ini mempengaruhi kesihatan kita. Termasuklah juga kualiti hasil tanaman yang kita makan.

Udara kita tercemar!
Kita menyedut udara tercemar setiap hari dan partikel radikal bebas masuk melalui rongga pernafasan dan merosakkan sel tubuh.


4. Teknologi Makanan Segera

Pada zaman dulu nenek moyang kita kebanyakannya berkebun dan memperolehi makanan daripada hasil tanaman sendiri. Baja yang digunakan adalah baja asli. Tanaman yang dituai dan dimasak sendiri ternyata lebih bersih, segar, berkhasiat dan semulajadi. Secara tak langsung faktor inilah yang menjamin tahap kesihatan mereka agar kekal sihat dan bertenaga.

Tapi zaman sekarang ni teknologi makanan membolehkan makanan segera boleh diperolehi dengan mudah. Makanan ini dah melalui pelbagai proses daripada penuaian hinggalah penjualan. Macam-macam bahan pengawet, pewarna, perasa dan sebagainya yang dah dimasukkan semasa peringkat pemprosesan makanan. Bahan-bahan ini sebenarnya sangat tidak bagus untuk kesihatan.


5. Amalan Gaya hidup Kurang Sihat

Gaya hidup masyarakat sekarang yang sentiasa sibuk dan selalu nak cepat menyebabkan lebih ramai orang yang cenderung memilih makanan segera. Ada juga yang selalu ‘skip’ makan ataupun makan saja apa-apa pun asalkan tak lapar. Ini juga menyebabkan pengambilan nutrien yang tidak seimbang. Ditambah lagi dengan sikap kurang bersenam dan kurang minum air menyebabkan tahap kesihatan seseorang semakin merosot secara perlahan-lahan. Senyap-senyap tau-tau je dah ada penyakit!

Jadi, pengambilan vitamin dapat memberikan kelebihan dengan meningkatkan tahap kesihatan dalam badan setiap individu. Sebab vitamin dapat menampung kekurangan nutrien dalam pengambilan diet harian. 

Walaupun kita cukup makan, tapi belum tentu lagi makanan yang dimakan cukup zat dan cukup seimbang.

Skrg terdapat lambakan vitamin di pasaran... pilihlah yg semulajadi bkn sintetik...


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Catat Ulasan